Tuesday 15 March 2011

TANAMAN HIASAN 4 MUSIM-YUSMAN

Kehijauan alam itu indah dan menyegarkan. Keindahan itu tinggi nilainya dan mahal pula harganya. Kewujudan taman rekreasi bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk setempat beriadah bahkan sebagai pusat kegiatan awam dan penyegaran minda setempat. Dalam perspektif yang  lebih luas, kawasan sedemikian yang ditanam pelbagai jenis tanaman hiasan 4 musim  juga boleh  mewujudkan persekitaran yang indah, tenteram dan mesra alam.  Dengan menggunakan iPhone yang canggih ini, pengunjung dapat melihat tanaman hiasan 4 musim mengikut musim yang dikehendaki. Pengunjung tidak perlu ke luar negara untuk melihat 4 musim ini. Tanaman 4 musim ini dapat mewujudkan pusat pendidikan awam bagi membolehkan pengunjung mengetahui dan mengenalpasti tanaman hiasan mengikut musim tersebut. Ia  dapat menyegarkan minda lestari supaya masyarakat lebih prihatin terhadap alam sekitar dan berusaha  untuk sama-sama memulihara kepelbagaian spesis yang masih tersisa.



 

                                          DESIGN 1

Tasik kebiruan yang tenang dapat menarik minat pengunjung yang datang ke taman rekreasi ini. Sesiapa yang hadir pasti tenang dengan melihat air tasik yang mengalir tenang dan dapat memancing sambil berehat. Sambil memancing dan berehat, pengunjung dapat belajar tentang tanaman hiasan 4 musim dengan menggunakan iPhone terbaru. Menghalakan iPhone yang canggih ini di tempat yang tertentu, pengunjung dapat melihat jenis-jenis pokok dan tanaman di dalam 4 musim ini..mari-mari kita berkunjung!!!.. jangan lepaskan peluang ini!!!..mari-mariii…



                                                                      
                                          DESIGN 2


Tanaman hiasan adalah dekorasi yang dapat memberikan ketenangan dan keindahan sesuatu tempat. Dengan mengunjungi Taman Rekreasi di Proton City, pengunjung dapat melihat warna warni tanaman bunga apabila beristirehat di kerusi atau gazebo yang telah disediakan. Dalam masa yang sama, pengunjung dapat melihat angsa yang sedang berenang di dalam tasik yang tenang dan kebiruan. Sambil beristirehat dengan orang tersayang, pengunjung dapat belajar sambil berehat di mana dengan menggunakan iPhone yang canggih ini pengunjung dapat melihat tanaman hiasan 4 musim dengan menghalakan iPhone ditempat yang tertentu. Marilah beramai-ramai beriadah sambil belajar di taman rekreasi ini.




                                          DESIGN 3

Tasik buatan manusia yang cantik dan luas, kicauan dan siulan burung, bunyi deruman air pancut, suara-suara serangga dan sebagainya, tidakkah semua itu menenangkan jiwa jika mendengarnya? Marilah kita beramai-ramai berkunjung ke Taman Rekreasi di Proton City untuk mencari ketenangan dengan menikmati keindahan tasik dan kawasan sekeliling yang menghijau serta kepelbagaian warna warni bunga yang segar. Pengunjung juga dapat menimba ilmu dengan menggunakan iPhone terkini untuk mendapatkan maklumat tentang tanaman hiasan 4 musim tanpa menghabiskan wang untuk melancong keluar negara. Marilah kita beramai-ramai berkunjung dan beriadah bersama keluarga atau orang tersayang di Proton City Lake…
 


16 comments:

  1. joe kedai karim15 March 2011 at 11:40

    "menyegarkan minda lestari" ??

    x bleh blah, ayat sastera x hengat.. hahahha...

    ReplyDelete
  2. combination kaler mmg superb, i like..:)tp mcm xlogik r..nk bunga tulip tu bley?hehe...

    ReplyDelete
  3. yusman wt smart bulehhhhhhhhhhhh!!

    ReplyDelete
  4. warne tajuk 2 ubah sket.xnampak jelas cz tenggelam warnenye yg hmpir sm ngn pokok sakura 2

    ReplyDelete
  5. pokok yg wane oren 2 cntik..

    ReplyDelete
  6. nmpk cantik lh burung tu terbang..nmpk mcm btul2 je..hehe

    ReplyDelete
  7. emm..akan diperbaiki lg.. tulisan akan ditukarkan warna utk nmpk lebih menarik..

    ReplyDelete
  8. nape air terjun tu nmpk mcm lain mcm jer?? mesin pancut air tu rosak ke?? nmpk mcm buih2 jer... hehe..

    ReplyDelete
  9. YUSMAN --
    hg punya tulisan TANAMAN HIASAN 4 MUSIM tu dh ok,cuma hg cuba Outer Glow skit tulisan tu supaya nmpak lebih jelas...
    sekian trima kasih

    ReplyDelete
  10. thank you for your concern...
    i'll improvise my design later..
    thanks again for stopping by!

    ReplyDelete
  11. new background..nice!

    ReplyDelete
  12. secara keseluruhannnya..blog ni cantik..nampak mcm wallpaper pun ada :) header sesuai dengan tema tanaman hiasan 4 musim..full of color,,which is nice! Myb u can add some gadget like shoutmix box or music playlist contain soothing music yg close to nature ..nmpk interactive and alive ckt..tapi tak letak pun takpe..kalau letak bnyk gadget sgt pun nnt berat pulak..n OMT background blog ni..membara yea :) kalau dapat letak background yg contra cikit pun lg ok kot..cth kaler yg nmpk lebih sejuk n damai..hehe

    ReplyDelete
  13. setuju dengan komen diatas kaler utk title link tue pun boleh d tukar kpd kaler lain ..n kalau nk nampak lain dr yg lain cikit cuba pakai font lain.hehe Untuk nampak lebih menarik dan special n extra ordinary letak real picture.. mesti lagi cantik n dapat menarik perhatian readers utk baca blog ni ^_^

    ReplyDelete
  14. mamat kaki pancing6 April 2011 at 11:23

    overall blog ni cantik n penuh informasi mengenai tanaman 4 musim..tahniah :)

    ReplyDelete
  15. THANKS KEPADA YANG MEMBERI KOMEN YG SGT MEMBINA..SY AKAN BUAT YG LEBIH BAIK DAN MEMBERIKAN KEPUASAN KEPADA PEMINAT BLOG SAYA.. THANKS..

    ReplyDelete