Tuesday, 8 March 2011

Taman Iklim Sederhana 4 Musim

Keadaan panas terik dengan suhu mencecah 27 °C dan berkelembapan 85%. Suasana yang tidak berangin dan juga percikan peluh menyebabkan pakaian melekat ditubuh. Menyusuri rimba apabila matahari tinggi amat meletihkan. Inilah perbandingan musim panas pada paras laut di Malaysia.
Tetapi perubahan teknologi telah menukarkan segalanya. Terselindung disebalik pepohonan di hutan hujan tropika Bukit Cahaya Seri Alam terdapat satu tempat dimana kreativiti dan inovasi telah merubah alam semulajadi seolah -olah ianya mustahil berada disitu. Di sini terdapat musim sejuk sebenar beserta salji, ais dan suhu di bawah -5 °C.


Iklim Sederhana Empat Musim
Salji dan ais di Malaysia? Pelik tetapi benar. Di Taman Iklim Sederhana Empat Musim, anda akan merasai suasana empat musim di dalam bangunan, hasil daripada kreativiti dan teknologi manusia. Nikmatilah kecantikan musim bunga, kehangatan musim panas, lambaian musim luruh dan kedinginan musim sejuk.

BULAN
KUTUB UTARA
KUTUB SELATAN

MUSIM
MUSIM
November – Februari
Mac – Mei
Jun – Ogos
September - November
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)

No comments:

Post a Comment