Monday 21 March 2011

Tuesday 15 March 2011

Four Season House in Tropical Malaysia

TANAMAN HIASAN 4 MUSIM-YUSMAN

Kehijauan alam itu indah dan menyegarkan. Keindahan itu tinggi nilainya dan mahal pula harganya. Kewujudan taman rekreasi bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk setempat beriadah bahkan sebagai pusat kegiatan awam dan penyegaran minda setempat. Dalam perspektif yang  lebih luas, kawasan sedemikian yang ditanam pelbagai jenis tanaman hiasan 4 musim  juga boleh  mewujudkan persekitaran yang indah, tenteram dan mesra alam.  Dengan menggunakan iPhone yang canggih ini, pengunjung dapat melihat tanaman hiasan 4 musim mengikut musim yang dikehendaki. Pengunjung tidak perlu ke luar negara untuk melihat 4 musim ini. Tanaman 4 musim ini dapat mewujudkan pusat pendidikan awam bagi membolehkan pengunjung mengetahui dan mengenalpasti tanaman hiasan mengikut musim tersebut. Ia  dapat menyegarkan minda lestari supaya masyarakat lebih prihatin terhadap alam sekitar dan berusaha  untuk sama-sama memulihara kepelbagaian spesis yang masih tersisa.



 

                                          DESIGN 1

Tasik kebiruan yang tenang dapat menarik minat pengunjung yang datang ke taman rekreasi ini. Sesiapa yang hadir pasti tenang dengan melihat air tasik yang mengalir tenang dan dapat memancing sambil berehat. Sambil memancing dan berehat, pengunjung dapat belajar tentang tanaman hiasan 4 musim dengan menggunakan iPhone terbaru. Menghalakan iPhone yang canggih ini di tempat yang tertentu, pengunjung dapat melihat jenis-jenis pokok dan tanaman di dalam 4 musim ini..mari-mari kita berkunjung!!!.. jangan lepaskan peluang ini!!!..mari-mariii…



                                                                      
                                          DESIGN 2


Tanaman hiasan adalah dekorasi yang dapat memberikan ketenangan dan keindahan sesuatu tempat. Dengan mengunjungi Taman Rekreasi di Proton City, pengunjung dapat melihat warna warni tanaman bunga apabila beristirehat di kerusi atau gazebo yang telah disediakan. Dalam masa yang sama, pengunjung dapat melihat angsa yang sedang berenang di dalam tasik yang tenang dan kebiruan. Sambil beristirehat dengan orang tersayang, pengunjung dapat belajar sambil berehat di mana dengan menggunakan iPhone yang canggih ini pengunjung dapat melihat tanaman hiasan 4 musim dengan menghalakan iPhone ditempat yang tertentu. Marilah beramai-ramai beriadah sambil belajar di taman rekreasi ini.




                                          DESIGN 3

Tasik buatan manusia yang cantik dan luas, kicauan dan siulan burung, bunyi deruman air pancut, suara-suara serangga dan sebagainya, tidakkah semua itu menenangkan jiwa jika mendengarnya? Marilah kita beramai-ramai berkunjung ke Taman Rekreasi di Proton City untuk mencari ketenangan dengan menikmati keindahan tasik dan kawasan sekeliling yang menghijau serta kepelbagaian warna warni bunga yang segar. Pengunjung juga dapat menimba ilmu dengan menggunakan iPhone terkini untuk mendapatkan maklumat tentang tanaman hiasan 4 musim tanpa menghabiskan wang untuk melancong keluar negara. Marilah kita beramai-ramai berkunjung dan beriadah bersama keluarga atau orang tersayang di Proton City Lake…
 


TANAMAN HIASAN 4 MUSIM ZULKARNAIN

~TAMAN BUNGA 4 MUSIM~


Bosan dengan persekitaran taman bunga yang familiar dan membosankan? Ingin merasa keindahan flora seperti di luar negara tapi tidak berkemampuan untuk ke sana? Di Proton City ada penyelesaiannya!!! Pemandangan indah bunga-bungaan dan pepohon 4 musim dapat dinikmati dengan adanya Taman Teknologi 4 Musim yang direka khas oleh pelajar-pelajar UPSI Tanjong Malim. Selain dapat menikmati keindahan taman, pengunjung dapat mengetahui dan mempelajari jenis tanaman ini dengan berbantukan teknologi I-Phone. Info tentang tanaman akan terpapar di skrin I-Phone apabila pengunjung menghalakan I-Phone ini pada tanaman-tanaman yang dikehendaki dengan menekan butang-butang tertentu. Dengan dikelilingi oleh tasik buatan yang indah dan bukit bukau yang menggunung tinggi, Taman Teknologi 4 Musim menjamin kepuasan kepada para pencinta alam yang inginkan kelainan. 






DESIGN 1

Keindahan taman bunga 4 musim diserlahkan lagi dengan titik tumpuan kolam buatan yang menghasilkan desiran air yang mendamaikan jiwa, diselami dengan irama natural dari kicauan burung yang mempesonakan setiap pengunjung di sini. Semerah cinta castello diselami kesucian cinta putih yang menjadi tema bunga-bungaan taman ini menimbulkan rasa pasrah tatkala memandang flora yang mekar mewangi ini.Cakap banyak pun tak guna, datang tengok sendiri la baru tau best ke tak... :D





DESIGN 2

Dengan kehijauan padang berbukit bukau yang diserlahkan dengan elemen air seperti kolam semulajadi dan kolam air pancut menyerlahkan tema semulajadi dalam rekaan taman empat musim ini. Sifat kesemulajadian ini sangat sesuai dinikmati bersama keluarga tercinta dan rakan taulan dengan aktiviti seperti bersiar-siar, jogging mahupun berpoco-poco bersama jiran tetangga. terbaeklah pendek kata ^^,





DESIGN 3
Yaaaa! Ini pula design yang mementingkan ketenangan jiwa pengunjung. “Sebab apa plak?” Haaa... sebabnya di sini terdapat satu gazebo untuk pengunjung melepaskan penat lelah selepas lenguh berjoging mahupun main polis sentri dengan anak-anak. Dengan dihiasi bunga-bunga pagaran 4 musim yang kuning keemasan, pengunjung seolah-olah terasa dilambai-lambai untuk menjejakkan kaki ke gazebo ini melalui stepping stone yang disulami oleh rumput aneh yang sungguh awesome warnanya! selamat berehat.... jangan tertido smpai malam dah le :p

Monday 14 March 2011

Tanaman Hiasan 4 Musim -Syamira-


 Design 1
 Tempat istirehat yang mendamaikan yang berlatar belakangkan banjaran titiwangsa di Proton Ct. Bunga-bungaan yang mekar harum memberikan suasana yang tenang dan segar. 


 Design 2
Sebuah taman yang memberi suasana yang romantik kepada komuniti. Pokok-pokok bunga yang berwarna-warni mengindahkan lagi kawasan taman itu.


Design 3
 Taman ini sesuatu untuk aktiviti riadah kepada komuniti. Komuniti dapat merasai kedamaian dan kesegaran taman ini yang dihiasi dengan pokok-pokok dan bunga-bungaan yang segar dan harum baunya. Komuniti dapat menikmatinya seperti berda di negara 4 musim.




Design 4
sebuah taman 4 musim untuk orang ramai menikmatinya. pastinya, apabila berada di kawasan ini, seseorang akan merasakan satu perasaan yang tidak boleh digambarkan. ketenangan dan kesegaran pasti dirasakan dengan melihat pokok bunga yang tumbuh dengan subur dan mekar serta dilengkapi dengan kolam air terjun yang mengasyikkan pemandangan.....


 
Taman ini direka khas untuk memperkenalkan jenis tanaman yang bermusim kepada komuniti...terdapat 4 musim iaitu musim panas, musim sejuk, musim bunga dan musim luruh...komuniti blh menggunakan teknologi i-phone utk melihat bunga itu walaupun ia bukan pada musim tersebut...komuniti blh merasai seperti berada di negara yg mengalami musim tersebut......persekitaran taman yang menarik memberi kedamaian dan ketenangan kpd komuniti utk aktvt yang santai...
slmt menikmati keindahan taman yang menyegarkan ini...('',)

TANAMAN HIASAN 4 MUSIM - LEEN

Design 1

Taman yang dibina khas untuk memberi pengetahuan kepada komuniti setempat tentang tanaman hiasan 4 musim. Selain menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik, taman di Proton Ct ini juga menyediakan kawasan riadah dan istirehat yang paling mengasyikkan..



Design 2

Cantik bukan? Dengan persekitaran yang penuh dengan landskap bunga-bungaan, ianya sudah tentu akan memberikan kedamaian kepada sesiapa yang berpeluang ke sini. Selain itu, dengan berbantukan teknologi i-phone, komuniti setempat sudah pastinya akan merasai kehebatan tanaman 4 musim dalam negeri sendiri..


design 3

Masih mengekalkan konsep yang sama iaitu tanaman hiasan 4 musim. Dengan konsep yang digunakan seperti daun-daun yang berguguran, kewujudan pohon-pohon sakura menambahkan lagi suasana romantik sesiapa yang mengunjungi tempat ini.





design 4

Konsep kolam ikan yang ditampilkan disini menambahkan lagi efek kedamaian kepada sesiapa yang mengunjungi Proton Ct. Dengan penambahan bunga-bungaan dan teknologi 4 musim yang boleh dilihat melalui penggunaan i-phone, komuniti setempat juga boleh menambahkan pengetahuan mereka dengan mempelajari bagaimana pertukaran cuaca bagi negara yang mengalami jenis cuaca 4 musim ini. 




Design 5

Taman teknologi 4 musim ini terletak di salah satu kawasan rekreasi yang terdapat di Tasik Proton City. Ia dicipta dengan menggabungkan tanaman 4 musim iaitu musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga. Taman seperti ini dicipta bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada komuniti setempat untuk merasai kehidupan di luar negara yang mengalami cuaca seperti ini  negara Jepun dan  Australia. Dengan berbantukan teknologi i-phone, komuniti akan merasai kehebatan taman ini kerana 4 musim dapat dilihat dan dirasai secara terus dalam persekitaran.. selamat mencuba. renung-renungkan dan selamat merasainya.. T_______T