Tuesday, 15 March 2011

TANAMAN HIASAN 4 MUSIM ZULKARNAIN

~TAMAN BUNGA 4 MUSIM~


Bosan dengan persekitaran taman bunga yang familiar dan membosankan? Ingin merasa keindahan flora seperti di luar negara tapi tidak berkemampuan untuk ke sana? Di Proton City ada penyelesaiannya!!! Pemandangan indah bunga-bungaan dan pepohon 4 musim dapat dinikmati dengan adanya Taman Teknologi 4 Musim yang direka khas oleh pelajar-pelajar UPSI Tanjong Malim. Selain dapat menikmati keindahan taman, pengunjung dapat mengetahui dan mempelajari jenis tanaman ini dengan berbantukan teknologi I-Phone. Info tentang tanaman akan terpapar di skrin I-Phone apabila pengunjung menghalakan I-Phone ini pada tanaman-tanaman yang dikehendaki dengan menekan butang-butang tertentu. Dengan dikelilingi oleh tasik buatan yang indah dan bukit bukau yang menggunung tinggi, Taman Teknologi 4 Musim menjamin kepuasan kepada para pencinta alam yang inginkan kelainan. 






DESIGN 1

Keindahan taman bunga 4 musim diserlahkan lagi dengan titik tumpuan kolam buatan yang menghasilkan desiran air yang mendamaikan jiwa, diselami dengan irama natural dari kicauan burung yang mempesonakan setiap pengunjung di sini. Semerah cinta castello diselami kesucian cinta putih yang menjadi tema bunga-bungaan taman ini menimbulkan rasa pasrah tatkala memandang flora yang mekar mewangi ini.Cakap banyak pun tak guna, datang tengok sendiri la baru tau best ke tak... :D





DESIGN 2

Dengan kehijauan padang berbukit bukau yang diserlahkan dengan elemen air seperti kolam semulajadi dan kolam air pancut menyerlahkan tema semulajadi dalam rekaan taman empat musim ini. Sifat kesemulajadian ini sangat sesuai dinikmati bersama keluarga tercinta dan rakan taulan dengan aktiviti seperti bersiar-siar, jogging mahupun berpoco-poco bersama jiran tetangga. terbaeklah pendek kata ^^,





DESIGN 3
Yaaaa! Ini pula design yang mementingkan ketenangan jiwa pengunjung. “Sebab apa plak?” Haaa... sebabnya di sini terdapat satu gazebo untuk pengunjung melepaskan penat lelah selepas lenguh berjoging mahupun main polis sentri dengan anak-anak. Dengan dihiasi bunga-bunga pagaran 4 musim yang kuning keemasan, pengunjung seolah-olah terasa dilambai-lambai untuk menjejakkan kaki ke gazebo ini melalui stepping stone yang disulami oleh rumput aneh yang sungguh awesome warnanya! selamat berehat.... jangan tertido smpai malam dah le :p

14 comments:

  1. menarik..just y need to put that birds so many...

    ReplyDelete
  2. saiz burung agak besar...i guess

    ReplyDelete
  3. besar ke? bg i cam ok je... i sukew jew

    ReplyDelete
  4. skali tgk mcm kt china or jepun. but i really love d flying birds, lawo sgt2...

    ReplyDelete
  5. menarik, rasa macam bukan kt malaysia

    ReplyDelete
  6. saya suke ayat awak.mcm promosi iklan cuti2 malaysia

    ReplyDelete
  7. ble tgk pic ni,mcm btul2 brada kt negara 4 musim..nice

    ReplyDelete
  8. nape nmpk lain mcm je burung tu? tu burung or kelawar??

    ReplyDelete
  9. ZULKARNAIN --
    salam Zul,hg punya taman nmpk ok..binaan kejur nmpak menarik dgn susun aturnya..
    tp taman ni nmpk suram la Zul...
    sbb warna merah je yg monopoli...
    @ tema hg ni MERAH????..hehehe..
    tulisan TANAMAN HIASAN 4 MUSIM tu aku cdgn kn hg tukar warna..xla nmpak merah smua,n than jgn lupa Outer Glow tulisan tu, supaya nmpk lg menarik...

    ReplyDelete
  10. nice,....bley ambk gmbr kt bwh pkok merah tu,...hehe...^_^

    ReplyDelete
  11. napiey : a'ah, merah sume da..hahah... akan cuba diusahakan untuk tmbah bunga kaler len..
    thanks!!!!

    sirah: time kasih..bole aje :)

    ReplyDelete
  12. cantik & menarik...Paling suke tang burung terbang 2,,nmpk real..goodjob..:)

    ReplyDelete